Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Marsiling-Yew Tee

Marsiling-Yew Tee
  • Cina:马西岭-油池集选区/Mǎxīlǐng-Yóu Chí Jí Xuǎnqū
    Inggeris:Marsiling-Yew Tee Group Representation Constituency
    Tamil:மார்சிலிங்–இயூ டீ குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Mārciliṅ–Iyū Ṭī Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahBarat laut Singapura
Pengundi117,176
Kawasan undi semasa
Dibentuk2015 (2015)
Bilangan wakil4
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandaranMarsiling-Yew Tee
Ditubuhkan dariGRC CCK dan GRC Sembawang

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Marsiling-Yew Tee merupakan sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) di bahagian barat laut Singapura yang diwakili empat anggota parlimen. Kawasan undi tersebut merangkumi Chua Chu Kang (Yew Tee), kawasan perindustrian Sungei Kadut, Kranji, Pusat Pemeriksaan Woodlands dan sebahagian barat Woodlands.

Pembentukan GRC Marsiling-Yew Tee disebabkan oleh penyemakan sempadan kawasan undi sebelum adanya PRU 2015. Akibat pembentukan GRC ini, ia menyerap bahagian Yew Tee dari GRC Chua Chu Kang serta bahagian-bahagian Woodgrove dan Marsiling dari GRC Sembawang.

Pihak Jabatan Pilihan Raya Singapura menetapkan kawasan undi ini mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang calon daripada bangsa Melayu.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy