Kediktatoran

Kediktatoran ialah satu bentuk pemerintahan di mana sesebuah negara diperintah oleh seorang ketua pemerintah atau entiti politik, dan kekuasaan entiti ini dilaksanakan serta dikekalkan melalui pelbagai cara agar ia masih berdiri kuat.[1] Ia merupakan sejenis autoritarianisme di mana ahli politik menentukan segala aspek kelakuan orang ramai dan orang perseorang pimpinannya melalui polisi yang ditentukan pemerintah. Pemerintahan diktator dan autoritarian selalunya menggunakan propaganda politik untuk mengurangkan pengaruh lawan atau sistem alternatif.

Pemerintahan kediktatoran serta demokrasi berperlembagaan menjadi dua jenis bentuk pemerintahan yang utama selepas berkurangnya pemerintahan beraja di kebanyakan negara sejak abad ke-19 hingga abad ke-20.[2]

  1. ^ Margaret Power (2008). "Dictatorship and Single-Party States". Dalam Bonnie G. Smith (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Women in World History: 4 Volume Set. Oxford University Press. m/s. 1–. ISBN 978-0-19-514890-9. Dicapai pada 14 Disember 2013.
  2. ^ "dictatorship". Encyclopaedia Britannica. Chcago. 2013. 162240.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by razib.in