Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha

Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha
Negara
Kerabat utamaKerabat Wettin
Gelaran
Senarai
Diasaskan1826 (1826)
PengasasErnest I, Duke Saxe-Coburg dan Gotha
Ketua terkiniAndreas, Putera Saxe-Coburg dan Gotha
Deposition1918 (di Saxe-Coburg dan Gotha)
Cabang kadet

Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha (/ˌsæks ˌkbɜːrɡ ... ˈɡɒθə, -tə/;[1] Jerman: Haus Sachsen-Coburg und Gotha) adalah sebuah kerabat diraja Eropah. Ia mendapat namanya daripada alam tertuanya, iaitu duchy Ernestine di Saxe-Coburg dan Gotha, akan tetapi anggotanya kemudian menduduki takhta United Kingdom, Belgium, Portugal, Bulgaria, dan Mexico.

Ia diasasskan pada tahun 1826 oleh Ernest Anton, duke Saxe-Coburg-Saalfeld keenam. Ia juga merupakan cabang kadet Saxon yang berasal daripada Kerabat Wettin. Cabang-cabang Agnatic kini memerintah di Belgium—keturunan Leopold I, dan di United Kingdom—keturunan dari Albert, Putera Pemerintah.

Pada tahun 1917, Perang Dunia I menyebabkan raja Britain, George V untuk secara rasminya menukarkan nama "Saxe-Coburg dan Gotha" kepada "Windsor" di United Kingdom di sebabkan sentimen anti-Jerman.[2] Di Belgium, di sebabkan sentimen yang sama menentang Jerman selepas Perang Besar, penggunaan nama juga ditukar pada tahun 1920 oleh Raja Albert I kepada "de Belgique" (Perancis), "van België" (Belanda) atau "von Belgien" (Jerman), bermakna "dari Belgium". Bagaimanapun, nama "Saxe-Coburg" di dalam keluarga diraja Belgium tidak pernah dihapuskan secara rasmi, dan sejak hubungan antara Belgium dan Jerman telah dinormalisasikan buat sekian lama, penggunaan nama keluarga mula diperkenalkan secara perlahan-lahan sejak tahun 2010an (terutamanya sejak Raja Philippe dari Belgium mahu menghadkan jumlah putera dan putera dari Belgium, oleh itu penggunaan designasi "dari Belgium", dihadkan kepada kumpulan terpilih dari keluarga baginda).[3]

  1. ^ Jones, Daniel (2003) [1917], Peter Roach; James Hartmann; Jane Setter (penyunting), English Pronouncing Dictionary, Cambridge: Cambridge University Press, ISBN 3-12-539683-2
  2. ^ "The House of Windsor – A Proclamation 1917 – British Monarchist Society and Foundation". bmsf.org.uk.
  3. ^ Waarom Delphine de foute naam krijgt - website of the Faculty of Law of KU Leuven

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy