Kerabat diraja Jepun

NegaraJepun
Gelaran
Diasaskan
PengasasJimmu (tradisional)
Kinmei (bersejerah)
Ketua terkiniMaharaja Naruhito
Etnik
Cabang kadet

Kerabat diraja Jepun (皇室, kōshitsu), juga dirujuk sebagai Wangsa Koshitsu atau Wangsa Yamato, terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang luas dari Maharaja Japan yang menjalankan tugas-tugas rasmi dan awam. Di bawah Perlembagaan Jepun sekarang, Maharaja adalah simbol negara dan perpaduan rakyat. Ahli-ahli lain kerabat maharaja menjalankan tugas-tugas istiadat dan sosial, tetapi tidak mempunyai peranan dalam hal ehwal kerajaan. Tugas sebagai maharaja diwarisi oleh anak-anak maharja dan anak kepada anak mereka dan seterusnya. Monarki Jepun ini dikatakan sebagai monarki turun temurun berterusan tertua di dunia.[1] Wangsa Imperial dengan Maharaja Jimmu (secara tradisinya bertarikh 11 Februari 660 SEU), dan berterusan sehingga Maharaja semasa, Naruhito. Walau bagaimanapun, sarjana telah bersetuju bahawa tidak ada bukti akan kewujudan Jimmu,[2][3] bahawa naratif tradisional penubuhan Jepun adalah mitos, dan Jimmu ialah tokoh mitos.[4] Maharaja Jepun yang boleh disahkan mengikut sejarah bermula dari awal abad ke-6 dengan Maharaja Kinmei.[5]

  1. ^ "5 Things to know about Japan's emperor and imperial family" (dalam bahasa Inggeris). 8 Ogos 2016. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  2. ^ Hoye, Timothy (1999). Japanese Politics: Fixed and Floating Worlds. m/s. 78.
  3. ^ Ruoff, Kenneth J. (2021-02-01). Japan's Imperial House in the Postwar Era, 1945–2019 (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 171. ISBN 978-1-68417-616-8.
  4. ^ Shillony, Ben-Ami (2008). The Emperors of Modern Japan (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 15. ISBN 978-90-04-16822-0.
  5. ^ Hoye, Timothy (1999). Japanese Politics: Fixed and Floating Worlds. m/s. 78.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy