Kerajaan Flensburg

Kabinet Schwerin von Krosigk

Kabinet Jerman
1945
Tarikh dibentuk02 Mei 1945 (1945-05-02)
Tarikh dibubarkan23 Mei 1945 (1945-05-23)
Orang dan pertubuhan
Ketua negaraKarl Dönitz
Ketua kerajaanLutz Graf Schwerin von Krosigk
Parti anggotaParti Nazi
Parti pembangkangTiada
Sejarah
PendahuluKabinet Goebbels
PenggantiMajlis Kawalan Bersekutu
Cabinet pertama Adenauer
(dari 20 September 1949)
Jemaah Menteri Jerman Timur
(dari November 1950)

Kerajaan Flensburg (Jerman: Flensburger Regierung), juga dikenali sebagai Kabinet Flensburg (Flensburger Kabinett), Kerajaan Dönitz (Regierung Dönitz), atau Kabinet Schwerin von Krosigk (Kabinett Schwerin von Krosigk), adalah kerajaan jangka pendek Jerman Nazi dalam tempoh tiga minggu sejurus berakhirnya Perang Dunia II di Eropah. Kerajaan ini telah dibentuk selepas kematian Adolf Hitler pada 30 April 1945 semasa Pertempuran Berlin. Ia diketuai oleh Laksamana Besar Karl Dönitz sebagai Reichspräsident dan Lutz Graf Schwerin von Krosigk sebagai Menteri Utama.

Pentadbiran itu dirujuk sebagai "Kerajaan Flensburg" kerana markas Dönitz telah dipindahkan ke pelabuhan Flensburg di utara Jerman pada 3 Mei 1945.[1] Oleh kerana kemaraan pantas pihak Bersekutu, bidang kuasa nominalnya terhad kepada wilayah sempit yang memanjang dari sempadan Austria menerusi Berlin ke sempadan Denmark; dimana, sejak 25 April 1945, telah terbahagi dua oleh kemaraan Amerika untuk bergabung dengan tentera Soviet di Torgau dekat Sungai Elbe. Susulan dari penyerahan kalah seluruh angkatan tentera Jerman pada 8 Mei, kerajaan Flensburg hilang kesemua bidang kuasa wilayah, tentera atau sivil secara langsung, dan semua hubungan diplomatik ditarik balik. Pihak Sekutu Barat membenarkan kerajaan Flensburg meneruskan urusan dan membuat perundingan sehingga 23 Mei, apabila mereka membubarkan kerajaan tersebut dan menahan kakitangannya sebagai tawanan perang.[2]

  1. ^ Jones 2015, m/s. 88.
  2. ^ Jones 2015, m/s. 323.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy