Kerajaan Beraja Hungary (Bahasa Hungary: Magyar Királyság), juga dikenali sebagai Regensi, wujud dari tahun 1920 hingga 1946 sebagai sebuah negara de facto dibawah Pemangku raja Miklós Horthy. Horthy secara rasminya mewakili pemerintahan beraja Hungary Charles IV, Raja Hungary. Percubaan dari Charles IV untuk kembali bertakhta telah dihalang oleh ancaman perang daripada negara tetangga dan oleh kekurangan sokongan daripada Horthy (lihat konflik Charles IV dengan Miklós Horthy).
Negara tersebut telah dianggap oleh sesetengah sejarawan sebagai sebuah negara klien Jerman dari tahun 1938 hingga 1944.[6] Kerajaan Hungary dibawah Horthy merupakan anggota Kuasa Paksi semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1944, selepas kerajaan Horthy dianggap meninggalkan perang, Hungary telah diduduki oleh Jerman Nazi dan Horthy telah digulingkan. Pemimpin Parti Arrow Cross Ferenc Szálasi menubuhkan sebuah kerajaan baru sokongan Nazi, secara berkesan mengubah Hungary kepada negara boneka Jerman.
Selepas Perang Dunia II, Hungary terjerumus kedalam lingkungan kepentingan Soviet Union. Pada tahun 1946, Republik Hungary Kedua telah ditubuhkan dibawah pengaruh Soviet. Pada tahun 1949, Republik Rakyat Hungary komunis telah diasaskan.
|volume=
has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|volume=
has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|volume=
has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)