Kereta salji

Sebuah kembara kereta salji di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat.

Kereta salji ialah sejenis kenderaan bermotor yang direka khas untuk perjalanan atau rekreasi di persekitaran bersalji tanpa sebarang jalan atau denai diperlukan. Pemanduan kenderaan ini juga bertujuan sebagai suatu hobi berat.

Model-model kereta salji yang terdahulu dapat menampung dua orang penumpang, namun model-model yang terkini sejak lebih 25 tahun lalu dibina untuk meanmpung seorang penumpang sahaja dan jauh lebih kerap didapati di pasaran. Badan kereta tiada penghadang selain cermin depannya, roda berantai dipasangkan pada bahagian beklakangnya manakala ski di bahagian hadapannya membolehkan kawalan pengemudian.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy