Pandemik COVID-19 memberi kesan besar kepada industri fesyen di seluruh dunia. Penjarakan sosial yang diterapkan oleh banyak kerajaan/pemerintah di dunia berimplikasi pada penutupan kilang dan kedai, serta pembatalan peragaan busana dan aktiviti fesyen lain.[1] Pandemik juga memberi kesan signifikan kepada seluruh jenama dan syarikat fesyen di dunia,[2] bermula dari penurunan pendapatan hingga pemfailan muflis.[3] Cabaran lain yang muncul ialah bagaimana menangani permintaan pengguna saat ini.[4] Selain cabaran dan kesulitan, pandemik juga membawa sejumlah peluang baru, antara lain berupa pengeluar pelitup muka yang bergaya[5] dan pengembangan industri fesyen yang lebih berkembang maju, termasuk di antaranya platform penyewaan pakaian.[6]