Kesuburan

Kesuburan ialah keupayaan membiak secara semula jadi. Sebagai ukuran, "kadar kesuburan" ialah bilangan anak yang lahir bagi setiap individu, rumah tangga atau kependudukan. Kesuburan berbeza dengan kefekunan, iaitu potensi untuk membiak (yang dipengaruhi oleh penghasilan gamet, penyuburan dan kemampuan hamil cukup tempoh). Lawan kepada kesuburan ialah kemandulan.

Kesuburan manusia bergantung pada faktor-faktor kesihatan tubuh badan, budaya, naluri, endokrinologi, masa, ekonomi, gaya hidup, dan emosi.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy