Kesultanan Melayu Melaka کسلطانن ملايو ملاک | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1400–1528 | |||||||||||||||
Ibu negara | Melaka | ||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Melayu Klasik | ||||||||||||||
Agama | Islam, Ahli Sunah Waljamaah | ||||||||||||||
Kerajaan | Raja mutlak | ||||||||||||||
Sultan | |||||||||||||||
• 1400–1414 | Parameswara | ||||||||||||||
• 1414–1424 | Megat Iskandar Shah | ||||||||||||||
• 1424–1444 | Muhammad Shah | ||||||||||||||
• 1444-1446 | Abu Syahid Shah | ||||||||||||||
• 1446-1459 | Muzaffar Shah | ||||||||||||||
• 1459-1477 | Mansur Shah | ||||||||||||||
• 1477–1488 | Alauddin Riayat Shah | ||||||||||||||
• 1488–1511 | Mahmud Shah | ||||||||||||||
• 1511–1513 (de facto) | Ahmad Shah | ||||||||||||||
• 1513–1528 | Mahmud Shah (Pemerintahan ke-2) | ||||||||||||||
Bendahara
| |||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
• Didirikan | 1400 | ||||||||||||||
• Penaklukan Melaka (1511)
| 1528 | ||||||||||||||
Mata wang | Emas dan perak | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Malaysia Indonesia Singapura Thailand |
Kesultanan Melayu Melaka (Jawi: کسلطانن ملايو ملاک ) merupakan sebuah kesultanan Melayu yang berpusat di Melaka. Tesis sejarah konvensional menandakan sekitar tahun 1400 sebagai tahun penubuhan kesultanan Melaka oleh Raja (Temasek)Singapura, bernama Dharmaraja atau dengan gelaran Parameswara cicit Sang Nila Utama yang merupakan pengasas Temasek. Beliau juga dikenali sebagai Iskandar Shah (selepas beliau memeluk Islam) yang berasal dari keturunan Palembang.[1] Namun, tahun penubuhan Melaka telah disemak semula baru-baru ini dan diubah menjadi tahun 1262.[2] Pada kemuncak zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15, ibu kotanya berkembang menjadi salah satu pelabuhan pindah kapal yang paling penting, dengan wilayah kesultanan yang meliputi sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan sebahagian besar utara Sumatera, Indonesia zaman moden.[3]
Sebagai sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa yang pesat, Melaka muncul sebagai pusat pendidikan dan penyebaran Islam, dan memangkin perkembangan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu. Kesultanan Melaka menandakan zaman kegemilangan kesultanan Melayu di Nusantara, di mana Bahasa Melayu Klasik menjadi lingua franca Maritim Asia Tenggara dan tulisan Jawi menjadi medium utama pertukaran budaya, agama dan bangsa, negara intelektual. Melalui perkembangan intelek, rohani dan budaya ini, zaman Melaka telah menyaksikan penubuhan identiti Melayu, [4][5] Malayisasi rantau ini dan seterusnya pembentukan Alam Melayu.[6]
Pada tahun 1521, ibu kota Melaka jatuh ke tangan Empayar Portugis, memaksa Sultan Melaka terakhir, Mahmud Shah (r. 1488–1511), berundur ke kawasan empayarnya yang lebih jauh dari ibu kota, di mana keturunannya menubuhkan dinasti pemerintahan baharu, Johor dan Perak. Warisan politik dan budaya kesultanan kekal sehingga ke hari ini. Selama berabad-abad lamanya Melaka telah diangkat sebagai contoh tamadun Melayu-Islam. Melaka telah menubuhkan sistem perdagangan, diplomasi, dan tadbir urus yang berterusan sehingga abad ke-19, dan memperkenalkan konsep seperti daulat yang terus membentuk pemahaman kontemporari tentang raja Melayu.[7]