Kesyogunan Kamakura

Sasarindō, lambang puak Minamoto

Keshogunan Kamakura (鎌倉幕府, Kamakura bakufu) adalah pemerintahan tentera oleh samurai yang didirikan Minamoto no Yoritomo di Kamakura, Kanagawa. Dalam zaman bersejarah Jepun, masa pemerintahan Keshogunan Kamakura disebut zaman Kamakura dan berlangsung sekitar 140 tahun. Keshogunan Kamakura berakhir setelah Nitta Yoshisada menghancurkan puak Hōjō.

Dulunya dalam buku sejarah Jepun ditulis bahawa Keshogunan Kamakura dimulai sejak tahun 1192 ketika Minamoto no Yoritomo diangkat sebagai Seii Taishōgun, namun secara de facto Yoritomo sudah berkuasa dan memiliki lembaga pemerintahan sebelum 1192. Keshogunan Kamakura juga bukan pemerintahan tentera oleh kalangan samurai yang pertama di Jepun, kerana sebelumnya sudah diketahui pemerintahan puak Taira.

Pemerintahan atau jawatan shogun disebut "bakufu" (幕府, secara harafiah, pemerintahan di tenda) atau "Kesyogunan". Sistem politik yang disebut keshogunan (bakufu) terus bertahan hingga Kesyogunan Muromachi (Muromachi Bakufu) dan Kesyogunan Edo (Edo Bakufu). Dalam kesusasteraan klasik Azuma Kagami, istilah bakufu hanya digunakan untuk rumah kediaman shogun, dan tidak digunakan untuk menyebut pemerintah pusat oleh kalangan tentera. Istilah "bakufu" untuk menyebut pemerintahan kalangan samurai pertama kali digunakan sejarawan di zaman Edo. Kalangan samurai biasanya menyebut pemerintahan Kamakura sebagai Kamakura-dono (Yang Dipertuan Kamakura).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy