Ketua Turus

Gelaran Ketua Turus atau Ketua Staf, dikenal pasti sebagai pemimpin sebuah organisasi yang lengkap, sebuah institusi, atau sekumpulan orang dan ia juga dikenali sebagai Pegawai Staf Utama/Principal Staff Officer (PSO), yang menyelaras pekerjaan atau juruiring utama bagi individu yang penting, seperti presiden.

Pada amnya, seorang ketua staf menyediakan penimbal antara seorang ketua eksekutif dan pasukan laporan terus eksekutif. Ketua staf biasanya bekerja dibelakang tabir bagi menyelesaikan masalah, menjadi perantara, dan berurusan dengan isu-isu semasa sebelum mereka menyampaikan kepada Ketua Eksekutif. Kerap kali Ketua Staf bertindak sebagai orang kepercayaan dan penasihat kepada Ketua Eksekutif, bertindak sebagai satu lembaga pencetus idea. Akhirnya tugas-tugas sebenar bergantung pada kedudukan sebenarnya dan orang yang terlibat.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy