Ketuhar

Ketuhar berpintu bawah sesebuah dapur gas

Ketuhar (Jawi: كتوهر, juga oven tidak formal, serapan bahasa Inggeris) ditakrifkan sebagai sejenis dapur tertutup yang ditebatkan habanya sehingga dalamnya cukup panas untuk memanaskan, membakar atau mengeringkan sesuatu;[1] dan ia kerap digunakan untuk tujuan memasak. Ketuhar-ketuhar ini sering dipanaskan menggunakan pelbagai jenis bahan yang dibakar seperti kayu dan arang sehinggalah ke gas asli dan tenaga elektrik.[2]

  1. ^ 'ketuhar' - Maklumat Kata. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2017.
  2. ^ Bramen, Lisa (18 November 2011). "Cooking Through the Ages: A Timeline of Oven Inventions". Smithsonian Magazine.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy