Kolej

Kolej atau maktab merupakan sejenis institusi pendidikan atau sebahagian daripada komponen tersebut. Kolej boleh menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang menganugerahkan ijazah, sebahagian daripada universiti berkolej atau institusi yang menyediakan pendidikan vokasional.

Nama "kolej" ini menyerap dari bahasa Latin collegium terbitan con- = "bersama" + leg- = "undang-undang" atau lego = "saya memilih" atau "aku membaca") yakni, sekelompok orang yang hidup bersama menurut peraturan tertentu. "Maktab" pula serapan bahasa Arab مَكْتَبmaktab iaitu bentuk ism kata kerja كَتَبَkataba (`alā) – daripada akar ك ت ب‎ – yang bermaksud "menulis", ia sendiri dalam bahasa Arab bermaksud "meja" atau "pejabaf".[1]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 310. ISBN 967-65-7321-3.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy