Kuali

Sebuah kuali dipanaskan atas dapur.

Kuali (Jawi: كوالي) adalah alat berupa bekas besi berbentuk bulat mencembung mungkum di dasar[1]:4, 38, 40 yang digunakan untuk tujuan memasak; ia terdapat di bahagian-bahagian Timur, Selatan dan Tenggara benua Asia.[1] Alat ini digunakan dalam pelbagai cara memasak termasuk menggoreng (baik cara kacau, tohor atau celur), mengukus, merebus didih atau carak, menumis reneh, membakar, merendidih, membuat sup, menyalai dan memanggang.[1]:4, 38, 40

  1. ^ a b c Young, Grace; Richardson, Alan (2004). The Breath of a Wok. New York: Simon & Schuster. m/s. 4, 14, 34, 36–40. ISBN 0743238273.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy