Kuching

Kuching
Bandaraya Kuching
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiکوچيڠ
Dari kanan atas ikut arah pusingan jam: Astana, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tugu Kucing, Jambatan Pending, Muzium Sarawak, dan Fort Margherita. Lambang-Lambang Rasmi Bandaraya Kuching Dewan Bandaraya Kuching Utara Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Dari kanan atas ikut arah pusingan jam: Astana, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tugu Kucing, Jambatan Pending, Muzium Sarawak, dan Fort Margherita.
Lambang-Lambang Rasmi Bandaraya Kuching
Dewan Bandaraya Kuching Utara Majlis Bandaraya Kuching Selatan
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianBahagian Kuching
DaerahDaerah Kuching
Didirikan oleh Kesultanan Brunei1827
Dibangunkan oleh James Brooke18 Ogos 1842
Perbandaran1 Januari 1953
Didirikan
(Menerima status bandaraya)
1 Ogos 1988
Pentadbiran
 • JenisKuching Selatan : Datuk Bandar-majlis kerajaan
Kuching Utara : Majlis-pengurus kerajaan
 • Datuk Bandar (Kuching Selatan)Wee Hong Seng
 • Datuk Bandar (Kuching Utara)Tuan Haji Hilmy bin Haji Othman
Keluasan
 • Bandar Kuching431.02 km2 (166 batu persegi)
Aras27 m (89 ft)
Aras tertinggi
810.2 m (2,658.1 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Bandar Kuching402,738 [3]
 • Metro
895,473
 Sumber dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020. Wilayah Kosmopolitan Kuching (Greater Kuching) meliputi populasi 407,726 di kawasan perbandaran Padawan dan kawasan pinggir daerah Samarahan.
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
93xxx
Nombor platQK, QA
Laman sesawangKuching Utara: www.dbku.gov.my
Kuching Selatan: www.mbks.gov.my
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_map1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longs"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_label_position1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "elevation_max_footnote"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "lats"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"

Kuching atau Bandar Raya Kuching[5] (Tulisan Jawi: كوچيڠ) merupakan, Ibu negeri dan bandaraya terbesar Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Bahagian Kuching dan memerlukan 2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur sahaja. Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di pulau Borneo yang meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt2) dengan jumlah penduduk sekitar 148,260 di kawasan pemerintahan Kuching Utara dan 254,478 di kawasan pemerintahan Kuching Selatan.[6][7][8]—jika digabungkan, jumlah kesemuanya ialah 402,738 orang.[6]

Kuching ialah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan Empayar Brunei. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepada James Brooke bagi membantu kerajaan Brunei menamatkan pemberontakan. Bandar ini terus mendapat perhatian dan pembangunan selama pemerintahan Charles Brooke seperti pembangunan sistem sanitasi, hospital, penjara, Fort Margherita, dan bazar. Pada tahun 1941, pemerintahan Brooke merayakan Perayaan Centenary di Kuching. Selama Perang Dunia II, Kuching diduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 sehingga 1945. Jepun mendirikan kem Batu Lintang berdekatan Kuching untuk menahan dan menyeksa tawanan perang. Setelah perang tamat, bandar ini tetap masih bertahan teguh. Namun, Rajah terakhir Sarawak, Sir Charles Vyner Brooke, memutuskan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebahagian daripada Mahkota British pada tahun 1946. Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh pemerintahan Mahkota British. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Kuching juga tetap dikekalkan menjadi ibu negeri dan mendapat status bandar pada tahun 1988. Sejak itu, bandar Kuching dibahagi menjadi dua wilayah pemerintahan yang dikawal selia oleh dua pemerintah bandar yang berbeza. Pusat pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Kuching yang mempunyai pelbagai keunikan terdapat di kota ini menjadikan ia merupakan diantara daya tarikan utama bagi pelancong dan merupakan pintu gerbang utama bagi pelancong mengunjungi Sarawak dan Kalimantan.[8] Taman Negara Tanah Lembap Kuching terletak sekitar 30 kilometer (19 bt) dari bandar dan terdapat banyak tarikan lainnya di dalam dan sekitar Kuching seperti Taman Negara Bako, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF), Dewan Undangan Negeri Sarawak, Astana, Fort Margherita, Muzium Kucing, serta Muzium Sarawak. Bandar ini telah menjadi salah satu pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur.[9][10]

Pada 2015, Kuching dipilih menjadi bandaraya untuk mengadakan Badminton Grand Prix Malaysia-Antarabangsa yang bertempat di Johor Bahru sebelum ke Pulau Pinang.

  1. ^ "Briefing By The Mayor of Kuching North". Kuching North City Hall. Economic Planning Unit (Prime Minister's Department Malaysia). Dicapai pada 19 Disember 2013.
  2. ^ "Kuching, Malaysia - Weather History and Climate Data". World Climate. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2014. Dicapai pada 28 Mac 2015.
  3. ^ Ringkasan statistik penting bagi daerah oleh Jabatan Statistik, Malaysia, 2020 Diarkibkan 2015-02-05 di Wayback Machine, hlm. 1 dan 8
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Santubong
  5. ^ "City of Kuching Ordinance" (PDF). Sarawak State Attorney-General's Chambers. 1988. m/s. 3 (Chapter 48).
  6. ^ a b "Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010 (halaman 1 & 8)" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-02-05. Dicapai pada 19 Julai 2013.
  7. ^ Trudy Ring; Robert M. Salkin; Sharon La Boda (Januari 1996). International Dictionary of Historic Places: Asia and Oceania. Taylor & Francis. m/s. 497–498. ISBN 978-1-884964-04-6.
  8. ^ a b Britt Bunyard (6 Mac 2000). Walking to Singapore. iUniverse. m/s. 223–. ISBN 978-0-595-00086-9.
  9. ^ Raymond Frederick Watters; T. G. McGee (1997). Asia-Pacific: New Geographies of the Pacific Rim. Hurst & Company. m/s. 311–. ISBN 978-1-85065-321-9.
  10. ^ Oxford Business Group (2008). The Report: Sarawak 2008. Oxford Business Group. m/s. 30, 56, 69 & 136. ISBN 978-1-902339-95-5.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy