La Marseillaise

La Marseillaise
Isidore Pils, Rouget de Lisle, komposer La Marseillaise, menyanyikannya untuk pertama kalinya di rumah Dietrich, Walikota Strasbourg
(Musée des Beaux-Arts de Strasbourg, 1849)

anthem  Perancis
LirikClaude Joseph Rouget de Lisle, 1792
MuzikClaude Joseph Rouget de Lisle, 1792
Diguna pakai1795
Sampel audio
La Marseillaise (instrumental)
La Marseillaise (1907).

La Marseillaise adalah lagu kebangsaan Perancis. Ia dicipta oleh Rouget de Lisle pada 1792 untuk menaikkan semangat tentera Rhein berikutan pengisytiharan perang oleh Perancis atas Austria di bawah nama asalnya Chant de guerre pour l'armée du Rhin[1] ("Lagu perang untuk Tentera Rhin).

Lagu ini telah diisytiharkan sebagai lagu kebangsaan Perancis semasa bersidangnya pemerintahan republik baru pada 14 Julai 1795.[2] Statusnya pernah ditarik balik pada zaman Maharaja Napoleon I sebelum dipulihkan semula pada Revolusi Julai 1830.[3] Ia kemudiannya dipakai Komun Paris pada 1871 dengan sedikit olahan pada senikata; penggunaan rasminya akhirnya dikembalikan 8 tahun kemudian pada 1879.[3]

  1. ^ Mazeau, Guillaume. "La Marseillaise". Universalis (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 22 Disember 2019.
  2. ^ Mould, Michael (2011). The Routledge Dictionary of Cultural References in Modern French. New York: Taylor & Francis. m/s. 147. ISBN 978-1-136-82573-6. Dicapai pada 23 November 2011.
  3. ^ a b Paul Halsall (1997),"La Marseillaise", Internet History Sourcebooks Project

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy