Laluan MRT Pusat Bandar


Laluan MRT Pusat Bandar
لالوان ڤوست بندر
Laluan Pusat Bandar yang ditandakan dengan warna biru pada peta.
Umum
Nama lainDowntown Line (bahasa Inggeris)
滨海市区地铁线 (Cina)
டவுன்டவுன் எம்ஆர்டி வழி (Tamil)
JenisTransit aliran deras
SistemSistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)
StatusBeroperasi (Tahap 1, 2 & 3)
Dalam pembinaan (Tahap 3e)
Dalam perancangan (Hume, lanjutan Tahap 2)
TerminalBukit Panjang
Sungei Kadut (pertengahan 2030-an)
Expo
Sungei Bedok (2024)
Stesen34 (Beroperasi) [2]
2 (Dalam pembinaan)
3 (Dalam perancangan)
Perkhidmatan1
Penumpang harian477,000 (2019)[1]
Operasi
Dirancang dibuka2024 (2024) (Tahap 3e)
2025 (2025) (Hume)
pertengahan 2030-an (lanjutan Tahap 2)
Dibuka22 Disember 2013 (2013-12-22) (Tahap 1)
27 Disember 2015 (2015-12-27) (Tahap 2)
21 Oktober 2017 (2017-10-21) (Tahap 3)
PemilikPenguasa Pengangkutan Darat
PengendaliSBS Transit DTL (ComfortDelGro Corporation)[3]
CiriBawah tanah
DepotGali Batu
Tai Seng
East Coast (Masa depan)
Stok kereta apiC951/C951A
Teknikal
Panjang aliran41.9 km (26.0 bt) (Beroperasi)[2]
2.2 km (1.4 bt) (Dalam pembinaan)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC Rel ketiga
Kelajuan operasihad laju 80 km/j (50 mph)
Peta laluan

Laluan Pusat Bandar (bahasa Inggeris: Downtown Line, DTL) ialah laluan kereta api Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Singapura. Ia telah dibina dalam 3 tahap; tahap 1 laluan mempunyai kepanjangan 4.3 kilometer (2.7 bt) dan telah dibuka pada 22 Disember 2013 manakala tahap 2 memulakan operasi pada 27 Disember 2015 dengan panjang laluan 16.6 kilometer (10.3 bt).[4][5] Kedua-dua tahap laluan tersebut mempunyai 18 buah stesen, yang bermula dari stesen Bukit Panjang hingga Chinatown. Tahap terakhir akan dibuka pada 21 Oktober 2017,[6][7] manakala lanjutan tahap 3 (DTL3e) akan disiapkan pada 2024.[8] Laluan ini akan menghubungkan kawasan barat laut dan tengah timur dengan pusat bandar Singapura.

Laluan Pusat Bandar mempunyai hubungan pertukaran dengan laluan Utara Selatan di Chinatown dan Little India, laluan Timur Barat (di Bugis), laluan Circle (di Bayfront, Promenade dan Kebun Bunga), laluan Timur Laut (di Newton) dan laluan LRT Bukit Panjang di Bukit Panjang. Lanjutan akan datang laluan Pusat Bandar akan menambah hubungan pertukaran dengan laluan Timur Barat melalui Tampines dan Expo, laluan Circle di MacPherson dan laluan Thomson–Pantai Timur melalui Stevens dan Sungei Bedok.

Aliran ini merupakan laluan kereta api sepenuhnya berada di bawah tanah yang ketiga di Singapura, menggunakan kereta api 3 gerabak dan laluan bermuatan rendah kedua selepas laluan Circle. Apabila siap sepenuhnya, aliran Pusat Bandar akan mempunyai panjang kira-kira 44 kilometer (27 bt) dengan 36 stesen dan dijangka akan memberi khidmat kepada lebih separuh juta pengguna setiap hari.[9] Ia juga akan menjadi laluan alihan laju terpanjang di Singapura yang beroperasi secara automatik[2] dan antara yang terpanjang di dunia. Perjalanan di antara hujung laluan ke hujung yang lagi satu mengambil masa kira-kira 70 minit.

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Pusat Bandar ditunjukkan dengan warna biru (    )[3] dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "DT".

  1. ^ "SBS Transit posts 1.5% rise in full-year net profit of S$81.3m" (dalam bahasa Inggeris). 13 February 2020. Dicapai pada 21 March 2020.
  2. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama DTL-Stages
  3. ^ a b "Company Announcement – Incorporation of a Wholly-Owned Subsidiary" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Stage 2
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A2
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A3
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A4
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama LTA Downtown Features

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy