Laut Karang

Petakan semua koordinat menggunakan: OpenStreetMap 
Muat turun koordinat sebagai: KML · GPX

Muat turun koordinat sebagai:KML · GPX

Petakan semua koordinat menggunakan: OpenStreetMap

Laut Karang
Koordinat18°S 158°E / 18°S 158°E / -18; 158Koordinat: 18°S 158°E / 18°S 158°E / -18; 158
JenisLaut
Negara lembanganAustralia, New Caledonia (Perancis), Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Vanuatu
Luas permukaan4,791,000 km2 (1,850,000 bt2)
Kedalaman purata2,394 m (7,854 ka)
Kedalaman maksimum9,140 m (29,990 ka)
Isi padu air11,470,000 km3 (9.30×1012 ekar kaki)
PetempatanBrisbane, Gold Coast, Sunshine Coast, Port Moresby, Cairns, Townsville
Rujukan[1][2]

Laut Karang (Bahasa Inggeris: Coral Sea; Perancis: Mer de Corail; Jawi: ﻻوت کارڠ) ialah lautan pinggir Pasifik Selatan di luar pantai timur laut Australia, dan diklasifikasikan sebagai kawasan bio Australia sementara. Laut Karang membentang sejauh 2,000 kilometer (1,200 bt) dari pantai timur laut Australia. Laut tersebut adalah lokasi Pertempuran Laut Karang, konfrontasi besar ketika Perang Dunia II antara tentera laut Empayar Jepun, dan Amerika Syarikat dan Australia.

Laut tersebut mengandungi banyak pulau dan terumbu, serta sistem terumbu terbesar di dunia, Terumbu Sawar Besar, yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1981. Semua projek penerokaan minyak sebelumnya dihentikan pada tahun 1975, dan memancing dibatasi di banyak kawasan. Terumbu karang dan pulau-pulau di Laut Karang sangat kaya dengan burung dan hidupan air dan merupakan destinasi pelancongan yang popular, baik nasional dan antarabangsa.

  1. ^ Coral Sea, Great Soviet Encyclopedia (in Russian)
  2. ^ Coral Sea, Encyclopædia Britannica on-line

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy