Lee Hsien Loong | |
---|---|
李显龙 | |
Menteri Kanan Singapura | |
Memegang jawatan 15 Mei 2024 Berkhidmat dengan Teo Chee Hean | |
Presiden | Tharman Shanmugaratnam |
Perdana Menteri | Lawrence Wong |
Perdana Menteri Singapura Ke-3 | |
Dalam jawatan 12 Ogos 2004 – 15 Mei 2024 | |
Presiden | Sellapan Ramanathan Tony Tan Halimah Yacob Tharman Shanmugaratnam |
Timbalan | Tony Tan Shunmugam Jayakumar Wong Kan Seng Teo Chee Hean Tharman Shanmugaratnam Heng Swee Keat |
Didahului oleh | Goh Chok Tong |
Digantikan oleh | Lawrence Wong |
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat | |
Memegang jawatan 3 Disember 2004 | |
Timbalan | Wong Kan Seng Teo Chee Hean Tharman Shanmugaratnam Heng Swee Keat Chan Chun Sing |
Pengerusi | Lim Boon Heng Khaw Boon Wan Gan Kim Yong |
Didahului oleh | Goh Chok Tong |
Menteri Kewangan Singapura | |
Dalam jawatan 10 November 2001 – 1 Disember 2007 | |
Perdana Menteri | Goh Chok Tong |
Timbalan | Raymond Lim |
Didahului oleh | Richard Hu |
Digantikan oleh | Tharman Shanmugaratnam |
Timbalan Perdana Menteri Singapura | |
Dalam jawatan 28 November 1990 – 12 Ogos 2004 | |
Perdana Menteri | Goh Chok Tong |
Didahului oleh | Goh Chok Tong |
Digantikan oleh | Shunmugam Jayakumar |
Anggota Parlimen Singapura untuk Ang Mo Kio GRC | |
Memegang jawatan 31 Ogos 1991 | |
Didahului oleh | Perlembagaan diwujudkan |
Majoriti | 62,826 (38.7%) |
Anggota Parlimen Singapura untuk Teck Ghee SMC | |
Dalam jawatan 22 Disember 1984 – 31 Ogos 1991 | |
Didahului oleh | Perlembagaan diwujudkan |
Digantikan oleh | Perlembagaan digugurkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Singapura | 10 Februari 1952
Parti politik | Parti Tindakan Rakyat |
Pasangan | Wong Ming Yang (1978-28 Oktober 1982) Ho Ching (1985) |
Anak-anak | Xiuqi Yipeng Hongyi Haoyi |
Alma mater | Kolej Trinity, Cambridge Universiti Harvard United States Army Command and General Staff College |
Lee Hsien Loong (Cina: 李显龙; pinyin: Lǐ Xiǎn Lóng; lahir 10 Februari 1952) ialah ahli politik Singapura yang berkhidmat sebagai Menteri Kanan Singapura sejak 2024. Beliau pula merupakan Perdana Menteri Singapura dari 2004 hingga 2024. Lee ialah anak sulung Perdana Menteri Singapura pertama, mendiang Lee Kuan Yew.
Beliau tamat belajar di Kolej Trinity, Universiti Cambridge, sebagai Senior Wrangler pada 1974 (memperoleh Diploma dalam Sains Komputer dengan jarak jauh) dan kemudian memperoleh Ijazah Pentadbiran Awam di Sekolah Kerajaan Kennedy Universiti Harvard. Dari 1971 hingga 1984, beliau berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Singapura yang mana beliau dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral. Beliau memenangi pilihan raya Ahli Parlimen pada 1984, bertanding sebagai ahli Parti Tindakan Rakyat. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Singapura pertama, Goh Chok Tong, Lee berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Industri, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Lee menjadi Perdana Menteri Singapura ketiga selepas mengambil alih kempimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) apabila perdana menteri terdahulu Goh Chok Tong yang meletakkan jawatan untuk menjadi Menteri Kanan baru. Lee kemudiannya membawa parti beliau pada kemenangan di pilihan raya umum 2006, 2011, 2015 dan 2020. Beliau memulakan penggal jawatan terkininya pada 24 Ogos 2020 (berikutan pembukaan parlimen Singapura ke-14). Pada 5 November 2023, Lee mengumumkan perancangan jawatannya diserahkan beliau kepada Lawrence Wong pada November 2024[1] sebelum pilihan raya umum negara tersebut yang bakal diadakan genap setahun kemudian pada 2025. Penyerahan kerusi tersebut akhirnya disahkan Pejabat Perdana Menteri berlaku pada 15 Mei 2024.[2]