Lelong

Lelongan di Cheviot, Ohio
Rumah lelong di Melaka, Malaysia.

Lelongan atau lelangan adalah proses membeli dan menjual barang atau perkhidmatan dengan penawaran memberi dan mengambil bidaan terhadap para pembida; para pembida ini sering bersaing kuat menyatakan harga yang semakin meninggi sehingga harga tersebut tidak dapat dibayar oleh pihak lawan lalu memberi peluang kepada pembida tertinggi membeli barang lelongan ini secara terus.[1] Dalam teori ekonomi, lelong boleh merujuk pada mekanisma atau peraturan dagangan dalam pasaran.

Pelelongan ini berbeza mengikut beberapa faktor termasuk batasan waktu, jumlah minimum atau maksimum harga tawaran, dan peraturan khusus untuk menentukan pemenang lelongan dan harga jual. Pembida dalam jualan lelong mungkin atau mungkin tidak mengetahui identiti atau tindakan pembida lain. Bergantung pada lelong, pembida boleh menyertai secara langsung atau dari jarak jauh melalui pelbagai cara, termasuk telefon dan internet. Biasanya penjual membayar yuran kepada juru lelong atau syarikat lelong berdasarkan peratusan daripada harga jual akhir.

  1. ^ McAfee, Dinesh Satam; McMillan, Dinesh (1987), "Auctions and Bidding" (PDF), Journal of Economic Literature, American Economic Association (diterbitkan June 1987), 25 (2), m/s. 699–738, JSTOR 2726107, dicapai pada 2008-06-25

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy