Leopard 2

Leopard 2A6
Gambar Leopard 2A5
JenisKereta Kebal Utama
Tempat asal Jerman Barat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1979 - kini
Digunakan oleh Jerman, pelbagai negara (lihat jadual pengguna)
Sejarah pengeluaran
PengeluarKrauss-Maffei
Spesifikasi
Berat62.3 tan
Panjang7.7 m
Lebar3.7 m
Tinggi3.0 m
Krew4

Armorkomposit generasi ke-3; termasuk besi kekerasan tinggi, tungsten dan pengisi plastik dengan komponen seramik.
Senjata
pertama
1 x 120 mm Rheinmetall L55 meriam laras licin.
42 peluru
Senjata
kedua
2 x 7.62 mm MG3
4,750 peluru
EnjinMTU MB 873 Ka-501 12-silinder disel
1,500 HP(1,103 kW)at 2600 RPM.
Kuasa/berat24.2 hp/tan
Sistem ampaiantorsion-bar
Jarak
operasi
550 km
Kelajuan72 km/h

Leopard 2 merupakan Kereta Kebal Utama Jerman yang dibina oleh syarikat Jerman Krauss-Maffei-Wegmann. Ia dibangunkan pada awal 1970-an dan mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1979, menggantikan Leopard 1 yang lebih awal sebagai MBT dalam Bundeswehr. Terdapat pelbagai versi yang berkhidmat dalam angkatan tentera Jerman dan sepuluh negara Eropah dan juga negara bukan Eropah.

Terdapat dua kelompok pembangunan utama kereta kebal, dari model asal sehingga Leopard 2A4 yang mempunyai perisai turet menegak, dan kelompok "dipertingkat", digelar Leopard 2A5 dan seterusnya, yang mempunyai turet berbentuk sudut mata panah bersama beberapa peningkatan. Kesemua model mempunyai ciri sistem kawalan tembakan digital dengan penjejak jarak laser, meriam utama distabilkan sepenuhnya dan mesingan sepaksi dan peralatan pandang malam (kenderaan pertama menggunakan sistem TV Aras Cahaya Rendah (Low-Light Level TV - LLLTV, penimej haba diperkenalkan kemudian). Kereta kebal Leopard mempunyai keupayaan untuk menangani sasaran bergerak ketika bergerak dipermukaan kasar. Ia mampu mengharung air sehingga ketinggian 4 meter dengan menggunakan snorkel atau 1.2 meter tanpa sebarang persediaan dan memanjat halangan dengan ketinggian lebih 1 meter. Kereta kebal ini dikuasa oleh enjin disel pelbagai bahan api bercaj turbo yang menghasilkan 1,500 kuasa kuda.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy