Liga Bangsa

League of Nations (Inggeris)
Société des Nations (Perancis)
Sociedad de Naciones (Sepanyol)
1919–1946
1939–1941 semi-official emblem Liga Bangsa
1939–1941 semi-official emblem
Anachronous world map in 1920–1945, showing the League of Nations and the world
Anachronous world map in 1920–1945, showing the League of Nations and the world
StatusPertubuhan antarabangsa
Ibu negaraSwitzerland Geneva
Bahasa yang umum digunakanInggeris, Perancis dan Sepanyol
Secretary-General 
• 1920–1933
Sir James Eric Drummond
• 1933–1940
Joseph Avenol
• 1940–1946
Seán Lester
Era SejarahZaman antara perang
26 June 1919
• Perjumpaan pertama
16 Januari 1920
• Pembubaran
20 April 1946
Diganti oleh
United Nations
The headquarters were based at the Palace of Nations, in Geneva, Switzerland
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "_noautocat"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "event held"

Liga Bangsa-bangsa merupakan sebuah perbadanan antarabangsa yang ditubuhkan selepas Persidangan Keamanan Paris 1919. Matlamat-matlamatnya termasuk gencatan senjata; mengelak peperangan melalui keselamatan kolektif; menyelesaikan perselisihan antara negara-negara melalui perundingan dan diplomasi; dan meningkatkan taraf hidup di seluruh dunia. Falsafah diplomasi Liga merupakan sebuah perubahan besar dalam cara berfikir mengenai diplomasi. Falsafah yang lama, yang diasaskan pada Kongres Vienna (1815), melihat Eropah sebagai suatu peta perikatan antara negara-negara yang selalu berubah. Hal ini mencipta suatu keseimbangan kuasa yang dipelihara oleh tentera yang kuat dan persetujuan rahsia. Menurut falsafah yang baru, Liga Bangsa-bangsa merupakan sebuah kerajaan untuk kerajaan, yang memainkan peranan menyelesaikan perselisihan antara negara-negara individu dalam suatu forum yang terbuka dan berasaskan undang-undang. Sokongan untuk Liga paling kuat daripada Presiden Demokrat Woodrow Wilson, dari Amerika Syarikat (AS), walaupun AS tidak menyertai Liga selama-lamanya.

Liga Bangsa-bangsa tidak mempunyai tentera sendiri, oleh itu, Liga Bangsa-bangsa perlu bergantung kepada negara berkuasa (yang kerap enggan) menguatkuasakan keputusannya. Selepas beberapa kejayaan dan banyak kegagalan, Liga gagal menghalang Kuasa Axis daripada tindakan agresif yang dilakukan oleh mereka pada zaman 1930-an. Perang Dunia Kedua membuktikan kegagalan Liga untuk mencegah perang dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Liga selepas Perang Dunia Kedua, dan mewarisi beberapa agensi dan perbadanan yang telah ditubuhkan oleh Liga.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy