Luak Tanah Mengandung

Luak Tanah Mengandung
Lokasi Luak Tanah Mengandung
Negara Malaysia
Institusi adatYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Luak Tanah Mengandung (Jawi: لواق تانه مڠاندوڠ) ialah kumpulan luak yang melingkungi wilayah diraja Negeri Sembilan iaitu Seri Menanti. Luak-luak ini bernaung di bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pemimpin luak-luak ini bergelar Penghulu. Luak Tanah Mengandung terdiri daripada luak Ineh, luak Gunung Pasir, luak Terachi, luak Jempol dan luak Ulu Muar. Luak Tanah Mengandung merupakan serambi bagi Luak Berundang, di mana menjadi tempat persinggahan Dato' Undang sebelum ke Seri Menanti menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.[1]

  1. ^ Nor Rafizah Haji Abd Wahab (1994). Adat Perpatih : Struktur Organisasi, Sistem Sosial dan Perlantikan Undang (PDF). Kertas Projek Sarjana Muda Undang-Undang. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s. 19.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy