Luftwaffe

Luftwaffe
Luftwaffe eagle
Luftwaffe eagle
Helang Luftwaffe
Aktif1935–1945
Negara Jerman Nazi
CawanganWehrmacht
JenisTentera udara
PerananPeperangan udara
SaizPesawat udara 119,871[1] (jumlah pengeluaran); Anggota 3,400,000 (jumlah anggota yang siap sedia untuk 1939-45)[2]
Sebahagian daripadaReichsluftfahrtministerium
Oberkommando der Luftwaffe
PertempuranPerang Saudara Sepanyol Perang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Hermann Goering (1933-1945)
Robert Ritter von Greim (1945)
Tanda kebesaran
Helang Luftwaffe. Imej ini dilampirkan pada sebuah Luftflotte
Lambang Balkenkreuz ditampal pada sayap kapal terbang
Wide-pattern Balkenkreuz for wing undersurfaces and fuselage sides

Luftwaffe (Sebutan bahasa Jerman IPA: ['lʊftvafə]) merupakan cabang tentera udara bagi Wehrmacht Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Selepas era Perang Dunia Pertama pasukan udara tentera darat Empayar Jerman, Luftstreitkräfte, dan unit udara tentera laut Kaiserliche Marine telah dibubarkan menjelang bulan Mei 1920 di bawah syarat-syarat Persetiaan Versailles, Luftwaffe telah dibentuk semula pada 26 Februari 1935 dan berkembang menjadi salah sebuah tentera udara yang paling kuat, paling banyak pengalaman perang, dan paling maju doktrin di dunia ketika Perang Dunia Kedua meletus di Eropah pada September 1939. Selepas kekalahan Reich Ketiga, Luftwaffe telah dibubarkan pada tahun 1946.

Luftwaffe juga adalah istilah generik dalam bahasa Jerman di Eropah bagi sebarang perkhidmatan udara tentera, dan nama pasukan udara di negara lain biasanya diterjemah dalam bahasa Jerman sebagai "Luftwaffe" (contohnya. Tentera Udara Diraja British sering diterjemah sebagai "britische Luftwaffe"). Bagaimanapun, Luftstreitkräfte, atau "pasukan bersenjata udara", juga kadang kala digunakan sebagai terjemahan "tentera udara" bagi pasca pasukan udara Perang Dunia I, sebagaimana digunakan untuk perkataan awal nama rasmi Jerman bagi bekas Tentera Udara Jerman Timur, yang dibubarkan sehari sebelum penyatuan semula Jerman dicapai pada Oktober 1990. Disebabkan "Luft" bererti "udara" dan "Waffe" boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu samada "senjata" atau "pasukan", "Pasukan Udara" juga boleh dipertimbangkan sebagai terjemahan secara harafiah bagi Luftwaffe (contohnya. Pasukan Udara Armada).

  1. ^ Tom Philo. "WWII production figures". Taphilo.com. Dicapai pada April 26, 2014.
  2. ^ Jason Pipes (2008). "Statistics and Numbers". Feldgrau.com. Dicapai pada April 26, 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy