Majlis Ulama Kanan Arab Saudi

Majlis Ulama Kanan Arab Saudi
مجلس هيئة كبار العلماء
Kerajaan Arab Saudi
Intisari agensi
Dibentuk29 Ogos 1972 (1972-08-29)
JenisAgensi kerajaan
Eksekutif Agensi kerajaan
Agensi induk
Kerajaan Arab Saudi

Majlis Ulama Kanan (Arab: مجلس هيئة كبار العلماء, rumi: Majlis Hay'at Kibar al-‘Ulama) merupakan badan agama tertinggi di Arab Saudi yang berperanan menasihati Raja bagi perkara-perkara agama.[1][2][3] Majlis ini dilantik oleh raja dan dibiayai oleh pihak kerajaan. Sehingga tahun 2009, Majlis ini dianggotai oleh seramai 21 orang anggota.[2] Raja Fahd ibn Abdulaziz Al Saud menyambung ketetapan sebelum ini bagi mengadakan pertemuan mingguan dengan anggota Majlis yang diadakan di ibu negara, Riyadh.[4] Pada tahun 2010, Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud telah menitahkan hanya beberapa orang ahli Majlis dan beberapa orang ulama lain sahaja yang dibenarkan mengeluarkan fatwa di Arab Saudi..[2]

  1. ^ "Saudi Arabia: The Coming Storm" By Peter W. Wilson p. 26-27
  2. ^ a b c "Saudi Fatwa Restrictions and the State-Clerical Relationship"| by Christopher Boucek| Carnegie Endowment| 27 October 2010
  3. ^ Bligh, Alexander. 1985. " The Saudi Religious Elite (Ulama) as Participant in the Political System of the Kingdom." International Journal of Middle East Studies 17, no. 1, 37-50
  4. ^ "Council of Senior Ulama". globalsecurity.org. Dicapai pada 11 March 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy