Majlis angkat sumpah Joe Biden

Majlis angkat sumpah presiden
Joe Biden
Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46
TarikhJanuari 20, 2021 (2021-01-20)
LokasiKapitol Amerika Syarikat,
Washington, D.C.
Dianjurkan olehJawatankuasa Kongres Bersama Majlis Angkat Sumpah, Jawatankuasa Majlis Angkat Sumpah
HadirinJoseph Robinette Biden Jr.
Presiden Amerika Syarikat ke-46
— Mengambil alih

John Glover Roberts Jr.
Ketua Hakim Amerika Syarikat
— Mengetuai sumpah jawatan

Kamala Devi Harris
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-49
— Mengambil alih

Sonia Sotomayor
Hakim Bersekutu Mahkamah Agung Amerika Syarikat
— Mengetuai sumpah jawatan

2017
2025 →

Majlis angkat sumpah Joe Biden sebagai presiden Amerika Syarikat ke-46 sebelum tengah hari (EST) menandakan bermulanya penggal empat tahun Joe Biden sebagai presiden dan Kamala Harris sebagai naib presiden. Majlis secara umum diadakan pada hari Rabu, 20 Januari 2021 di West Front Bangunan Kapitol Amerika Syarikat di Washington, D.C. Majlis ini menjadi majlis angkat sumpah presiden kali ke-59. Biden mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden pada hari itu dan Harris mengangkat sumpah jawatan sebagai naib presiden.

Majlis ini diadakan di tengah-tengah krisis politik, kesihatan awam, ekonomi, dan keselamatan negara yang luar biasa, termasuk pandemik COVID-19 yang berterusan. Ini juga termasuk cubaan bekas Presiden Donald Trump membatalkan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020 yang akhirnya membawa kepada serangan bangunan Kapitol dan pendakwaan kedua Trump. Sambutan telah dikurangkan pada majlis ini bagi mencegah penularan COVID-19 dan mengurangkan potensi berlakunya keganasan berhampiran bangunan Kapitol.[1][2] Jumlah penonton yang hadir adalah terhad; ahli-ahli Kongres hadir dengan seorang tetamu pilihan mereka.[3] Langkah-langkah kesihatan awam seperti pemakaian mandatori pelitup muka, ujian saringan, pemeriksaan suhu dan penjarakan sosial telah diamalkan untuk melindungi keselamatan penonton.[4]

‘’Amerika Bersatu’’ dan ‘’Demokrasi Penentu Kita: Membentuk Kesatuan yang Lebih Sempurna’’—rujukan kepada Perlembagaan Amerika Syarikat—menjadi tema majlis angkat sumpah ini.[5]

  1. ^ Lisa Mascaro & Mary Clare Jalonick (January 14, 2021). "Trump impeachment trial to focus on his attacks on election". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada January 16, 2021. Dicapai pada January 17, 2021.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ Felicia Sonmez, Colby Itkowitz, John Wagner, Paulina Firozi & Nick Miroff (January 11, 2021). "Acting homeland security secretary Wolf to step down, nine days ahead of Biden inauguration". Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada January 18, 2021. Dicapai pada January 17, 2021.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ "JCCIC Announces Attendance Guidelines for 59th Inaugural Ceremonies". Joint Congressional Committee on Inaugural Ceremonies. December 16, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 19, 2020. Dicapai pada December 16, 2020.
  4. ^ Shear, Michael D.; Fandos, Nicholas (November 30, 2020). "Biden's Inauguration: Expect Smaller Crowds and More Social Distancing". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada January 14, 2021. Dicapai pada January 13, 2021.
  5. ^ Blunt, Roy (November 2, 2020). "59th inaugural ceremonies: 'Our Determined Democracy: Forging a More Perfect Union'". The Hill. Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2020. Dicapai pada January 15, 2021.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy