Makhluk Berekor

Sembilan "Makhluk Berekor" dan jinchuuriki mereka

Makhluk Berekor (Kanji : 尾獣 ; dibaca : Bijuu) merupakan sepuluh ekor raksasa yang dikenal pasti sebagai daya penggerak kepada jalan cerita dalam siri Naruto. Makhluk Berekor ini terbentuk daripada gumpulan chakura yang sangat besar dan diberikan nama berdasarkan kepada jumlah ekor yang ia miliki. Makhluk Berekor ini kadangkala dirujuk sebagai Raksasa Chakra (Katakana : チャクラのバケモノ ; dibaca : Chakura No Bakemono),[1], yang memberikan makhluk berekor tersebut "kekuatan" yang melampaui mana-mana ninja.

Bagaimanapun, oleh kerana sifat liar yang ia punyai sebagai makhluk berekor, ini membuatkan ia tidak memiliki tahap "kepintaran' yang diperlukan untuk mempergunakan tenaga tersebut secara berkesan. Apabila makhluk berekor ini dimeterai atau disatukan kepada seseorang perumah manusia, maka ia bakal memperolehi pengetahuan yang dipunyai oleh "perumahnya". Keadaan ini akan membolehkan makhluk berekor ini berkebolehan untuk mempergunakan kuasa mereka dengan lebih berkesan hasil bantuan daripada perumah manusia tersebut.

  1. ^ Manga Naruto, Bab 404, muka 14

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy