Malcolm Turnbull

Yang Berhormat

Malcolm Turnbull

Perdana Menteri Australia ke-29
Dalam jawatan
15 September 2015 – 24 Ogos 2018
RajaElizabeth II
Peter Cosgrove
TimbalanWarren Truss
Barnaby Joyce
Michael McCormack
Didahului olehTony Abbott
Digantikan olehScott Morrison
Ketua Parti Liberal
Dalam jawatan
14 September 2015 – 24 Ogos 2018
TimbalanJulie Bishop
Didahului olehTony Abbott
Digantikan olehScott Morrison
Dalam jawatan
16 September 2008 – 1 Disember 2009
TimbalanJulie Bishop
Didahului olehBrendan Nelson
Digantikan olehTony Abbott
Menteri Komunikasi
Dalam jawatan
18 September 2013 – 14 September 2015
Perdana MenteriTony Abbott
Didahului olehAnthony Albanese
Digantikan olehMitch Fifield
Ketua Pembangkang
Dalam jawatan
16 September 2008 – 1 Disember 2009
TimbalanJulie Bishop
Didahului olehBrendan Nelson
Digantikan olehTony Abbott
Menteri Alam Sekitar dan Air
Dalam jawatan
30 Januari 2007 – 3 Disember 2007
Perdana MenteriJohn Howard
Didahului olehIan Campbell
Digantikan olehPeter Garrett
Anggota Parlimen Australia
untuk Wentworth
Memegang jawatan
9 Oktober 2004
Didahului olehPeter King
Butiran peribadi
LahirMalcolm Bligh Turnbull
(1954-10-24) 24 Oktober 1954 (umur 69)
Sydney, Australia
Parti politikParti Liberal
Sekutu gabungan
politik lain
Gabungan
PasanganLucy Hughes (k. 1980)
Anak-anak2
Alma materSydney Law School
Kolej Brasenose, Oxford
Laman web rasmimalcolmturnbull.com.au
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui "religion"

Malcolm Bligh Turnbull (lahir 24 Oktober 1954) ialah ahli politik yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Australia ke-29 dan ketua Parti Liberal Australia dari tahun 2015 sehingga 2018. Beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen untuk Wentworth pada tahun 2004.

Turnbull menghadiri Sydney Grammar School sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Sydney dimana beliau menerima ijazah seni dan kemudian ijazah undang-undang. Beliau kemudiannya menghadiri Brasenose College, Oxford sebagai penerima biasiswa Rhodes di mana beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Sivil. Sebelum menyertai politik, Turnbull bekerja sebagai wartawan, peguam, pegawai bank pelaburan dan pemodal teroka. Pada tahun 1993, beliau menjadi Pengerusi Gerakan Republikan Australia, memegang jawatan itu sehingga tahun 2000.

Menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air untuk masa yang singkat dalam Kerajaan Howard pada tahun 2007, Turnbull dilantik sebagai Ketua Parti Liberal pada bulan September 2008, menjadikannya Ketua Pembangkang. Pada bulan November 2009, sokongannya terhadap Skim Pengurangan Pencemaran Karbon yang dicadangkan oleh Kerajaan Parti Buruh memecah belahkan Parti Liberal. Dalam satu pengundian pada bulan berikutnya, Turnbull hilang kepimpinan kepada Tony Abbott dengan satu undi. Pada awalnya bercadang untuk meninggalkan politik, Turnbull kekal sebagai seorang AP dan kemudiannya menjadi Menteri Komunikasi dalam Kerajaan Abbott pada bulan September 2013.

Pada bulan September 2015, Turnbull mencabar Abbott untuk kepimpinan Liberal dan memenangi undian berikutnya dengan 54 undi berbanding Abbott 44. Beliau menggantikan Tony Abbott sebagai Perdana Menteri ke-29 Australia selepas dilantik oleh Gabenor Jeneral, Sir Peter Cosgrove.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy