Mangga (Jawi: مڠݢcode: ms is deprecated ), pauh (Jawi: ڤاءوه) atau mempelam (Jawi: ممڤلم) merupakan buah dihasilkan pokok-pokok tropika dalam genusMangiferafamiliAnacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan kajian setuju bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India timur laut, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana. Pokok yang menghasilkan buah ini berbatang tegak dengan bunganya malai, buahnya yang bulat panjang pendek dan pelbagai warna isi buah dan rasa dihidangkan sama ada terus dimakan atau diterapkan dalam masakan sebagai rojak, manisan, selai dan sebagainya.[1]
Hari Mangga Nasional jatuh pada 22 Julai. Ia disambut pada hari yang sama setiap tahun dan merupakan hari penggemar mangga meraikan kesukaan mereka terhadap buah serba guna ini.
Terdapat dua kultivar keturunan mangga yang terhasil, satu dari India dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:[2][3]
Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.
Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang.[4]
Rujukan kepada buah mangga sebagai "makanan dewa-dewi" boleh didapati dalam kitab-kitab VedaHindu.
^"mangga". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. 3rd). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.CS1 maint: date and year (link)