Maria Callas

Maria Callas (1960an)

Maria Callas (Greek: Μαρία Κάλλας) (lahir Disember 2, 1923September 16, 1977) ialah seorang penyanyi soprano koloratura dramatik opera berketurunan Greek berasal dari Amerika Syarikat

Kebolehan beliau menggabungkan kecemerlangan teknik bel kanto dengan suara dramatiknya menjadikan beliau sebagai seorang penyanyi soprano terbaik pada eranya.

Maria Callas dianggap sebagai seorang penyanyi yang sangat versatil, dengan repertoir yang merangkumi hasil karya opera seria hingga ke opera-opera bel kanto hasil gubahan penggubah- penggubah terkenal seperti Gaetano Donizetti, Vincenzo Bellini dan Gioacchino Rossini, begitu juga hasil karya Giuseppe Verdi dan Giacomo Puccini, dan opera-opera Richard Wagner pada peringkat awal kariernya.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy