Masakan

Pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran di La Boqueria, pasar awam di daerah Ciutat Vella di Barcelona, Sepanyol
Satu sampel masakan Turki

Masakan atau kuisin adalah gaya masak dicirikan oleh ramuan, teknik dan hidangan yang tersendiri, dan biasanya dikaitkan dengan budaya atau kawasan geografi tertentu.[1][2][3] Satu-satu masakan pada dasarnya dipengaruhi oleh bahan-bahan yang terdapat di dalam negara atau melalui perdagangan. Hukum-hukum makanan dalam agama, seperti hukum pemakanan Hindu, Islam dan Yahudi, juga boleh memberikan pengaruh yang kuat ke atas masakan. Tradisi penyediaan, adat dan bahan-bahan makanan serantau sering digabungkan untuk membuat hidangan yang unik untuk kawasan tertentu.[4]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy