Nama dahulu | Profitune Berhad (2001–2002) |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | MYX: 4502 |
Industri | Media massa |
Ditubuhkan | 8 Oktober 2003 |
Ibu pejabat | • New Straits Times Press: Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia • Radio dan Televisyen: Sri Pentas, No. 3, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh negara |
Tokoh penting |
|
Perkhidmatan |
|
Hasil | ▲ RM 18.6 bilion |
Pendapatan bersih | ▲ RM 740.5 juta |
Pemilik |
|
Bilangan kakitangan | 6,187 (Disember 2023) |
Pembahagian | • Televisyen: TV3, ntv7, 8tv, TV9, DidikTV KPM, Wow Shop
• Radio: Eight FM, Fly FM, Hot FM, Kool 101, Molek FM • Lain-lain divisyen: Audio+, New Straits Times Press, Primeworks Studios, Grand Brilliance Studio, Big Tree Outdoor, REV Media Group, Media Prima Labs, Tonton |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
lokasi_ibu_pejabat
, lokasi
bilangan_lokasi
, lokasi
Media Prima Berhad (Jawi: ميديا ڤريما برحد) ialah sebuah syarikat media Malaysia yang beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor. Ia merupakan konglomerat media dan hiburan dan terbesar Malaysia dari segi pendapatan, pendapatan operasi, pendapatan bersih, aset, ekuiti, permodalan pasaran, dan bilangan pekerja. Pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai Profitune Berhad, syarikat ini bertukar nama kepada Media Prima pada tahun 2002 dan memulakan operasinya setahun kemudian selepas pemecahan aset media Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Syarikat ini tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia dan kini memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam TV3 & 8tv juga memiliki lebih daripada 98 peratus kepentingan ekuiti dalam New Straits Times Press, syarikat penerbitan akhbar terbesar di Malaysia yang menerbitkan akhbar-akhbar terkemuka seperti New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.
Media Prima juga memiliki lima stesen radio iaitu, Eight FM, Fly FM, Hot FM, Kool 101 dan Molek FM di bawah Rangkaian Radio Media Prima. Kepentingan lain berasaskan media bagi Media Prima adalah dalam bidang penerbitan karya; pengurusan acara dan bakat. Kedudukan kumpulan ini sebagai peneraju dalam bidang pengiklanan luar ialah melalui Big Tree Outdoor, UPD, The Right Channel dan Kurnia Outdoor.
Kumpulan ini juga telah mengembangkan sayapnya ke platform media baru melalui Alt Media dengan pelancaran portal internet gaya hidup, gua.com.my dan Tonton.com.my, video portal baru yang canggih dengan kemampuan definisi tinggi (HD) yang menawarkan kebebasan memilih kandungan secara individu dan rangkaian sosial yang interaktif. Emas ialah saluran retro pertama di Malaysia yang menyiarkan program-program TV popular produksi Media Prima yang boleh ditonton melalui TV Internet Protokol (IPTV) di HyppTV dan Unifi milik Telekom Malaysia. Aurora Mulia Sdn. Bhd., yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary, merupakan pemegang saham terbesar di dalam Media Prima.[1]
Media Prima dan stesen TV dan radio di bawah naungannya ialah ahli Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), sebuah pertubuhan media penyiaran bukan untung dan bukan kerajaan.