Mikrofon

Model mikrofon 55s Shure Bersaudara mikrofon berimpedans multi dinamik "Small Unidyne", tahun 1951
Mikrofon dinamik jenama Sennheiser

Mikrofon atau pelantang ialah sejenis alat pemindah yang menukarkan gelombang bunyi kepada isyarat elektrik. Mikrofon digunakan dalam pelbagai perkakasan seperti telefon, alat bantu dengar, sistem hebahan awam untuk dewan konsert dan keramaian, pembikinan filem, kejuruteraan audio secara langsung dan dalam rakaman, rakaman bunyi, radio dua hala, megafon, penyiaran radio dan televisyen, dalam komputer untuk merakam suara, pengecaman pertuturan, dan sistem Suara melalui Protokol Internet serta untuk tujuan bukan akustik seperti penderia ultrasonik atau penderia ketukan (knock sensors).

Beberapa jenis mikrofon yang digunakan, masing-masing menggunakan cara berbeza untuk menukar tekanan udara daripada gelombang bunyi yang pelbagai menjadi isyarat elektrik. Jenis mikrofon yang paling umum adalah mikrofon dinamik yang menggunakan gegelung dawai tergantung dalam medan magnet; mikrofon kondenser yang menggunakan gegendang bergetar sebagai plat kapasitor, dan mikrofon piezoelektrik yang menggunakan bahan kristal piezoelektrik. Mikrofon biasanya perlu disambungkan kepada praamplifier sebelum isyarat yang terkandung boleh dirakam atau dikeluarkan semula.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy