Model Bohr

Model Rutherford-Bohr bagi atom hidrogen (Z = 1) atau ion seperti hidrogen (Z > 1), di mana elektron bercas negatif yang terkurung di dalam petala atom mengorbit nukleus atom kecil berzarah positif. Apabila satu elektron bergerak dari satu petala ke petala lain, ia diikuti oleh sejumlah tenaga elektromagnet yang diserap atau dipancar (hv). Petala yang boleh dilalui oleh elektron ditunjukkan dengan bulatan kelabu. Jejari setiap petala adalah n2, di mana n ialah nombor kuantum prinsip. Transisi 3 → 2 yang ditunjukkan di sini mewakili garisan pertama dalam siri Balmer, dan bagi atom hidrogen (Z = 1), ia menghasilkan foton dengan panjang gelombang 656 nm.

Dalam fizik atom, model Bohr (diperkenalkan oleh Neils Bohr pada tahun 1913), menggambarkan sebuah atom sebagai sebuah nukleus kecil bercas positif yang dikelilingi elektron yang bergerak dalam petala berbentuk bulatan di sekeliling nukleus. Ia mempunyai struktur yang sama dengan sistem suria, tetapi di samping graviti, tenaga elektrostatik yang memberikan daya tarikan. Model ini adalah penambahbaikan bagi model-model atom yang sebelumnya seperti model kiub (1902), model plum-pudding (1904), model Zuhal (1904) dan model Rutherford (1911). Oleh kerana model Bohr ialah pengubahsuaian bagi model Rutherford yang didasarkan fizik kuantum, kebanyakan sumber menggabungkan kedua-duanya dan merujuk kepada model ini dengan nama model Rutherford-Bohr.

Kejayaan utama model ini adalah dalam menjelaskan formula Rydberg untuk garisan-garisan pancaran spektrum bagi atom hidrogen. Walaupun formula Rydberg telah diketahui melalui ujikaji, ia tidak mendapat kepentingan dalam teori sehingga model Bohr diperkenalkan. Bukan sahaja model Bohr menjelaskan sebab untuk struktur formula Rydberg, malah ia juga memberikan justifikasi untuk keputusan empiriknya dari segi pemalar fizik utama.

Model Bohr ialah model yang agak primitif bagi atom hidrogen jika dibandingkan dengan atom petala valens. Dalam teori, ia boleh diterbitkan sebagai anggaran urutan pertama bagi atom hidrogen menggunakan mekanik kuantum yang lebih tepat dan meluas, dan oleh itu model ini boleh dianggap sebagai teori saintifik lapuk. Namun, oleh kerana kesederhanaannya, dan kerana ia memberikan hasil yang tepat untuk sistem-sistem tertentu (lihat di bawah untuk penggunaannya), model Bohr masih lagi diajar untuk memperkenalkan pelajar-pelajar kepada mekanik kuantum, sebelum meneruskan kepada atom petala valens yang lebih tepat tetapi lebih rumit. Model yang berkaitan telah diusulkan oleh Arthur Erich Haas pada 1910, tetapi ia telah ditolak. Teori kuantum untuk masa di antara penemuan kuantum oleh Planck (1900) dan kemunculan mekanik kuantum yang lengkap (1925) kerap dirujuk sebagai teori kuantum lama.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy