Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Mohammad Kassim Abdul Rashid | |
---|---|
Yang Teramat Mulia Dato' Klana Petra | |
Undang Luak Sungai Ujong | |
Tempoh | 27 Mac 1946 - 29 Oktober 1983 |
Kemahkotaan | 25 Januari 1951 |
Didahului oleh | Maamor Kasim |
Diikuti oleh | Mubarak Dohak |
Keputeraan | Seremban, Negeri Sembilan, Malaya | 13 Oktober 1902
Kemangkatan | 29 Oktober 1983 | (umur 81)
Pemakaman | Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia |
Pasangan | Rafeah binti Kassim |
Kerabat | Waris Hilir |
Ayahanda | Dato' Andika Abdul Rashid |
Bonda | Noresah |
Agama | Islam |
Allahyarham Dato' Klana Petra Mohammad Kassim bin Dato' Andika Haji Abdul Rashid merupakan bekas penyandang Dato' Undang Luak Sungai Ujong, salah satu daerah pentadbiran adat (luak) di Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau ditabalkan pada 25 Januari 1951 bagi mengantikan Datuk Kelana Ma'amor bin Kassim[1] yang meninggal dunia.
Pengisytiharan Datuk Kelana Putera telah dilakukan sebelumnya iaitu pada 27 Mac 1946 selepas daripada kemangkatan Almarhum Datuk Kelana Ma'amor bin Kassim.Istiadat pertabalan dimulakan dengan sembilan das tembakan meriam. Seterusnya istiadat bersiram telah dimulakan oleh Dato' Batin dari Ulu Beranang dan Jenang diikuti pula oleh Dato' Mandika, Dato' Seri Maharaja Diraja dan lain-lain ahli waris. Istiadat diteruskan apabila Dato' Syahbandar mengisytiharkan pekerjaan kerajaan dan meriwayatkan riwayat hidup Undang yang baru.
Dato' Laksamana dan Dato' Panglima Besar kemudiannya mengisytiharkan istiadat mengadap yang didahului oleh Dato' Mandika dan 25 orang Dato'-Dato' yang lain, Kadi-kadi termasuk Naib-naib Kadi, Penghulu, Buapak-buapak, dan waris-waris yang lain. Istiadat ini adalah mengikut aturan Adat Pepatih yang diamalkan di Negeri Sembilan telah ditentukan dan bacaan doa telah menamatkan istiadat.