Mohd Misbahul Munir Masduki

YB Ustaz Haji

Mohd Misbahul Munir Masduki

KMN;
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Parit Buntar, Perak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehMujahid Yusuf Rawa
Butiran peribadi
LahirMohd Misbahul Munir bin Masduki
(1963-06-01) 1 Jun 1963 (umur 61)
Selekoh, Perak
Parti politikPAS
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
PekerjaanAhli politik, pendakwah

Ustaz Mohd Misbahul Munir bin Masduki KMN, adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh. Dalam pilihanraya, beliau telah bertanding 6 kali sejak tahun 1999 di Dewan Undangan Negeri Rungkup dan Hutan Melintang (2018) dan yang terakhir pada tahun 2022 di P 057 Parit Buntar, Perak. PRU ke 15 baru ini, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar.


From Wikipedia, the free encyclopedia ยท View on Wikipedia

Developed by Tubidy