Mohd Nassuruddin Daud SJMK, DJMK, JMK (Kelantan) | |
---|---|
Menteri Besar Kelantan | |
Memegang jawatan 15 Ogos 2023 | |
Timbalan | Mohamed Fadzli Hassan |
Sultan | Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Dato Haji Ahmad Yakob |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Memegang jawatan 2023 | |
Portfolio | Perancangan, Pentadbiran Awam, Kewangan, Ekonomi dan Tanah |
Kawasan pilihan raya | Meranti |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Portfolio | Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta |
Kawasan pilihan raya | Meranti |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Meranti | |
Memegang jawatan 1995 | |
Didahului oleh | Zakaria Ismail |
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Wan Abdul Rahim Wan Abdullah |
Digantikan oleh | Abdullah Ya’kob |
Kawasan pilihan raya | Meranti |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mohamad Nassuruddin Bin Daud 4 Oktober 1965 Kampung Meranti, Pasir Mas, Kelantan |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Ustazah Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacob |
Anak-anak | 10 |
Kediaman |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Daud (Jawi: محمد نصرالدين بن داود ) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 sejak 15 Ogos 2023 mengganti Ahmad Yakob yang uzur dan beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Kelantan sejak 1995 yang bertanding di atas tiket PAS.