Muhamad Arafat Varisai Mahamad

YB Tuan

Muhamad Arafat Varisai Mahamad

Ahli Dewan Negeri
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Hulu Kinta
Memegang jawatan
3 Julai 2018
Didahului oleh Aminuddin Md Hanafiah
Majoriti4,163 (PRU-15)
3,713 (PRU-14)
Ketua PKR Cabang Tambun
Memegang jawatan
2014
Butiran peribadi
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAhli Perniagaan

YB Tuan Muhamad Arafat Varisai Mahamad ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADN Hulu Kinta. Di peringkat parti beliau ialah Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Perak dan Ketua PKR Cabang Tambun.

Pada PRU 15 beliau memenangi semula di DUN N24 Hulu Kinta bagi penggal kedua dengan majoriti bertambah berbanding 2018 walaupun ombak parti Perikatan Nasional melanda negeri Perak dalam PRU 15

Beliau menjadi Ahli Dewan Negeri dalam kawasan Parlimen YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ahli Perlimen Tambun

Pada PRU 15 majoriti Arafat lebih tinggi daripada majoriti ahli Parlimen Tambun YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Calon DUN Manjoi (salah satu DUN bawah Parlimen Tambun) yang merupakan penyandang ADUN Manjoi ketika PRU 15 Dato Asmuni Awi dari PH telah tewas dengan lebih 6 ribu undi kepada calon PN tetapi majoriti Arafat bertambah pada PRU 15 yang menafikan segala bacaan analisa serta laporan-laporan dari pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan yang menyatakan beliau akan kalah dalam PRU 15


[1] Beliau menyandang beberapa jawatan dalam politik antaranya sebagai ketua bahagian Tambun sejak tahun 2014 hingga kini , Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat negeri Perak 2018-2022 , Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak 2022-kini , Ahli Majlis Pakatan Harapan Negeri Perak 2022-kini, Ketua Unit Logistik Jabatan Pilihan Raya Pusat dan lain-lain

Beliau dalam beberapa Jawatan GLC dan Syarikat Berhad antaranya Lembaga MajuPerak Berhad 2018-2021 ,Lembaga Perak Agro Aquaculture anak syarikat State Agriculture Development Corporation (SADC), Pengerusi Handal Energy Berhad dan lain-lain

Beliau seorang yang lantang bersuara mengenai isu-isu melibatkan rakyat. Beliau terkenal dengan cara tersendiri dalam sidang Dewan Negeri Perak ketika berhujah dan menyampaikan perbahasan dan telah membuktikan kebolehan berhujah tanpa menggunakan teks ucapan juga terkenal dengan cara mematahkan serangan pembangkang ketika beliau dalam blok kerajaan dan mematahkan memontem wakil rakyat kerajaan ketika beliau dalam blok pembangkang dalam sidang Dewan Negeri

Suara yang jelas,bahasa Perak yang pekat dan cara penyampaian perbahasan beliau menarik perhatian ramai serta menjadi peminat beliau termasuk kakitangan Kerajaan Perak.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy