Nabila Huda

Nabila Huda
Nabila ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 6 September 2016.
Kelahiran
Nabila Huda binti Suhaimi

(1984-12-02) 2 Disember 1984 (umur 39)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2000–kini
Pasangan
  • Zaidi Zailani (k. 2008; c. 2011)
  • Mohd. Izwan Johar (k. 2015)
Anak-anak1
IbuFaridah Fadzil
BapaDatuk Amy Search

Nabila Huda binti Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) ialah seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis, merupakan anak sulung kepada lagenda rock terkenal Datuk Amy, vokalis kumpulan Search. Nabila memulakan kerjaya lakonan pada 2001 menerusi peranan kecil dalam Lagi-Lagi Senario (2001) arahan Aziz M. Osman. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock (2005), Akhirat (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Duhai Si Pari-pari (2009), Bohsia 2: Jalan Kembali (2012), Munafik (2016), Makrifat Cinta (2018) dan Rahsia (2023).[1]

Selain peranan lakonan dalam filem, Nabila juga terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Shikin dalam Impak Maksima the Series, Ain dalam Cinta Untuk Ain, Azarina dalam Dari Mata Arisa, Ayu dalam Teduhan Kasih dan Aurora dalam Dendam Aurora. Sepanjang kerjayanya, Nabila telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon. Menerusi persembahannya dalam Munafik, Nabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.[2]

  1. ^ Syahirah Mokhtazar (23 November 2017). "Nutella Huda dreams of life beyond acting". New Straits Times. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  2. ^ Rudy Imran Shamsudin (4 September 2016). Malam Syamsul, Shanjhey, Nabila, Pekin... Diarkibkan 2018-08-10 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2016.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy