Naruhito

Naruhito
徳仁
Naruhito pada Jun 2023
Maharaja Jepun
Pemerintahan1 Mei 2019 – kini
Didahului olehAkihito
Pewaris takhtaFumihito
Perdana MenteriShinzo Abe
Yoshihide Suga
Fumio Kishida
KeputeraanNaruhito (徳仁)
(1960-02-23) 23 Februari 1960 (umur 64)
Hospital Agensi Rumah Tangga Maharaja, Istana Maharaja Tokyo, Tokyo, Jepun
PasanganMasako Owada (k. 1993)
AnakandaAiko, Puteri Toshi
KerabatKerabat diraja Jepun
AyahandaAkihito
BondaMichiko
AgamaShinto

Kebawah Duli Yang Maha Mulia[1] Maharaja Naruhito (徳仁, keputeraan 23 Februari 1960) ialah Maharaja Jepun. Baginda menaiki Takhta Bunga Kekwa pada 1 Mei 2019, berikutan penurunan takhta paduka ayahandanya, Maharaja Emiritus Akihito, pada 30 April 2019, bermulanya Zaman Reiwa.

Menurut susunan pewarisan tradisional Jepun, baginda ialah ahli ke-126 dalam dinasti yang tertua memerintah di dunia. Baginda ialah maharaja Jepun pertama yang diputerakan selepas Perang Dunia Kedua.

  1. ^ Gelaran ditetapkan protokol dalam pernyataan rasmi berbahasa Melayu di negara-negara Nusantara, rujuk sebagai contoh: Maharaja dan Maharani Jepun tandatangani Buku Ucapan Tahniah dari Pelita Brunei (4 Oktober 2017)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy