Naya Rivera

Naya Rivera
River pada September 2012
Kelahiran(1987-01-12)12 Januari 1987
Meninggal dunia8 Julai 2020(2020-07-08) (umur 33)
Sebab kematianLemas
Nama lainNaya Rivera Dorsey[1]
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penyanyi
  • Model
Tahun aktif1991–2020
PasanganRyan Dorsey (k. 2014; c. 2018)
Anak-anak1
SaudaraMychal Rivera (adik lelaki)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Columbia
Laman sesawang
www.nayarivera.com

Naya Marie Rivera (12 Januari 1987 – 8 Julai 2020)[2] ialah seorang pelakon, model, dan penyanyi Amerika Syarikat yang dikenali setelah menjayakan watak ahli pasukan sorak Santana Lopez dalam siri drama komedi muzikal Fox Glee. Pada 2011, Rivera menandatangani kontrak rakaman dengan Columbia Records untuk mengeluarkan album sulungnya. Single utama "Sorry" dikeluarkan pada 17 September 2013, yang menampilkan tunangannya, Big Sean.[3]

Pada 8 Julai 2020, Rivera diisytiharkan sebagai orang hilang setelah anaknya yang berusia empat tahun ditemui sendirian di kapal sewa Rivera di Tasik Piru di Fillmore, California. Keesokan harinya, pegawai Pejabat Sheriff Kaunti Ventura melaporkan bahawa Rivera dianggap sudah mati dan bahawa mereka akan menumpukan usaha untuk mencari mayatnya.[4] Pada 13 Julai, lima hari selepas Rivera dilaporkan hilang, mayatnya telah ditemui di dalam tasik dan disahkan telah meninggal dunia.[5]

  1. ^ "Naya Rivera marries actor Ryan Dorsey in surprise wedding". Los Angeles Times. 23 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2019. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  2. ^ "Naya Rivera Bio" (dalam bahasa Inggeris). UsMagazine.com. Dicapai pada 7 Oktober 2013.
  3. ^ "Naya Rivera Dishes On Recording 'Sorry' Single With Big Sean". Billboard. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  4. ^ "Naya Rivera hilang: Tasik Piru ditutup bagi meneruskan operasi pencarian". Astro Awani. 10 Julai 2020. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  5. ^ "Jane Lynch, Chris Colfer and More Hollywood Stars Pay Tribute to Naya Rivera". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 13 Julai 2020.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy