Negara (politik)

Rencana ini mengenai penglihatan konsep negara dari aspek politik. Untuk aspek lain, silalah pilih daripada rencana Negara.

Siri Politik
Subsiri Politik

Negara ialah satu konsep komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar.[1]

Tidak diperlukan sesebuah negara mempunyai satu kerajaan yang tersusun. Dalam sejarah sendiri terdapat banyak kisah negara yang mempunyai kelompok-kelompok puak yang mempertikaikan kerajaan seperti Republik China pada tahun 1912, akan tetapi negara berkenaan tidak pula berhenti kewujudannya. Maka, sebuah kerajaan tidak diperlukan untuk pembentukan satu negara, asalkan kewujudannya diiktiraf komuniti dunia. Pengiktirafan ini juga memberikan sesebuah negara hak untuk memasuki perjanjian dengan negara lain pada peringkat antarabangsa. Walaupun kewujudan satu kerajaan tidak perlu untuk negara, negara tetap memerlukan kerajaan untuk mengawal hal ehwal dalamannya.

  1. ^ <Please add first missing authors to populate metadata.> (1995). "state". Concise Oxford English Dictionary (ed. 9th). Oxford University Press. 3 (also State) a an organized political community under one government; a commonwealth; a nation. b such a community forming part of a federal republic, esp the United States of America

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by razib.in