Nintendo DS

Nintendo DS

Nintendo DS merupakan satu konsol permainan video bimbit yang dihasilkan oleh syarikat pembina konsol permainan video Nintendo. Ia telah dipasarkan pada tahun 2004. Konsol ini mempunyai dua skrin LCD, salah satunya ialah skrin sesentuh. Selain mempunyai skrin sesentuh yang unik, konsol bimbit ini juga mempunyai mikrofon binaan dalaman dan juga menyokong fungsi WiFi, iaitu sejenis sistem perhubungan tanpa wayar bagi membolehkan para pemainnya berhubung sesama sendiri dari seluruh dunia dengan menggunakan ID dan kod tersendiri bagi setiap pemain.

Pada tahun 2006, Nintendo telah mengeluarkan Nintendo DS Lite, iaitu Nintendo DS yang telah diubah suai daripada versi asalnya dengan reka bentuk dan susun atur butang kawalan baru serta keterangan lampu skrin yang boleh diubah suai kepada 4 peringkat.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy