Nippon Professional Baseball

Nippon Professional Baseball
Musim atau kejohanan akan datang:
Current sports event Nippon Professional Baseball musim 2023
Nippon Professional Baseball
日本野球機構
Sebelum iniJapanese Baseball League (JPBL)
SukanBesbol
DitubuhkanJPBL, 5 Februari 1936 (1936-02-05)
Pacific League, 26 November 1949 (1949-11-26)[1]
Central League, 15 Disember 1949 (1949-12-15)[2]
PesuruhjayaSadayuki Sakakibara
Bil. pasukan12
NegaraJepun Jepun
Ibu Pejabat5–36–7 Shiba, Minato-ku, Tokyo
Juara laluOrix Buffaloes
(gelaran ke-5)
Juara terbanyakYomiuri Giants
(22 gelaran)
KelayakanAsia Series (2005–2013)
Rakan kongsi TV
Laman web rasmiNPB.jp

Nippon Professional Baseball (日本野球機構, Nippon Yakyū Kikō) atau NPB merupakan peringkat tertinggi bagi besbol di Jepun. Liga ini disebut sebagai Puro Yakyū (プロ野球) oleh orang tempatan yang bermaksud Besbol Profesional. Di luar Jepun, ia sering dirujuk sebagai "besbol Jepun".

Asal usul liga ini dapat dijejaki kembali pada pembentukan "Kelab Besbol Tokyo Jepun Raya" (大日本東京野球倶楽部, Dai-Nippon Tōkyō Yakyū Kurabu) di Tokyo yang diasaskan pada 1934. Pertandingan asal sukan ini telah ditubuhkan di Empayar Jepun menjelang dua tahun kemudian iaitu Japanese Baseball League (JBL) yang terus berlangsung sehingga tahun-tahun akhir Perang Dunia Kedua. Organisasi yang menguruskan NPB pada hari ini telah menyusun semula JBL pada 1950 dengan mencipta dua liga yang terdiri daripada enam buah pasukan iaitu di Liga Pusat dan Liga Pasifik. Liga ini berakhir dengan kejuaraan Japan Series yang bermula dariapda siri playoff pada setiap tahun.

NPB juga menyelia Liga Barat dan Liga Timur yang merupakan afiliasi minor league NPB.

Sejak kejuaraan Japan Series pertama pada 1950, pasukan Yomiuri Giants merupakan pasukan paling cemerlang dengan meraih 22 kejuaraan dan memiliki penampilan terbanyak iaitu 37 kali. Dengan memasmuki musim 2023, pasukan Orix Buffaloes yang menewaskan Tokyo Yakult Swallows 4–2–1 di Japan Series 2022 merupakan pasukan juara bertahan. Japan Series telah diacarakan sebanyak 73 kali setakat tahun 2022 dan wakil pasukan dari Liga Pasifik telah memenanginya sebanyak 37 kali manakala wakil dari Liga Pusat pula merangkulnya sebanyak 36 kali.

  1. ^ "リーグ略史 | パシフィック・リーグ".
  2. ^ "リーグ略史 | セントラル・リーグ".

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy