Nombor telefon di Malaysia

Nombor Telefon di Malaysia
Lokasi
NegaraMalaysia
BenuaAsia
Pengawal seliaSKMM
Format Umum Nombor Telefon
Luar Negara
  • +60 1x-xxx xxxx
  • +60 11-xxxx xxxx
  • +60 3-xxxx xxxx
  • +60 8x-xxx xxx
  • +60 x-xxx xxxx
Dalam Negara
  • 01x-xxx xxxx
  • 011-xxxx xxxx
  • 03-xxxx xxxx
  • 08x-xxx xxx
  • 0x-xxx xxxx
Kod Akses
Kod Negara+60
Akses Antarabangsa0060

Nombor telefon di Malaysia dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Talian tetap di Malaysia bermula dengan kod kawasan 1 hingga 2 nombor (tidak termasuk 0 di hadapan), diikuti dengan 6 hingga 8 nombor nombor pelanggan. Manakala talian mudah alih bermula dengan 2 nombor (tidak termasuk 0 dihadapan), diikuti 7 hingga 8 nombor pelanggan. Kod talian mudah alih ini asalnya diberikan khas mengikut talian pembekal, tetapi dengan program Pertukaran Nombor Mudahalih, nombor telefon tidak lagi mengikut talian pembekal.

Sehingga tahun 2017, panggilan ke Singapura tidak memerlukan kod antarabangsa, memadai dengan kod domnestik 02 sahaja. Bagaimanapun dengan arahan dari SKMM[1], kod ini ditamatkan secara berperingkat antara Mei dan Jun 2017. Telekom Malaysia adalah yang pertama menamatkan kod ini pada 16 Mei 2017 dan diikuti pembekal lain pada 1 Julai 2017. Selepas tarikh tersebut, semua panggilan ke Singapura mesti menggunakan kod antarabangsa +65.

Di Brunai pula, panggilan dari Malaysia Timur boleh menggunakan kod domestik 080 sahaja, tetapi panggilan dari Semenanjung Malaysia mesti menggunakan kod antarabangsa +673.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by razib.in