Orang Batak

Batak
Bangsa Batak
Kawasan ramai penduduk
Sumatra Utara, Indonesia
Bahasa
Bahasa-bahasa Batak (Alas-Kluet, Angkola, Dairi, Karo, Mandailing, Simalungun, Toba), Indonesia dan Melayu
Agama
Kristian 55.6%, Islam 44.2%, Parmalim, Hindu 0.2%
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu, Gayo, Minangkabau
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "poptime" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "nama etnik" yang tidak diketahui

Orang Batak adalah sebuah istilah kolektif yang digunakan untuk mengenal pasti sebilangan kumpulan etnik yang terdapat di kawasan tanah tinggi di Sumatra Utara, Indonesia. Kawasan pedalaman mereka terletak di sebelah barat Medan dan berpusat di Danau Toba. Sebenarnya orang "Batak" terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza tetapi mempunyai bahasa, budaya dan adat yang serupa. Orang-orang Batak terdiri dari: Batak Toba, Batak Karo, Batak Pak-Pak, Batak Simalungun, Batak Angkola dan Batak Mandailing. Walaupun mereka semua tergolong dalam "Batak", ada sesetengah di kaum mereka yang tak suka dipanggil sebagai orang "Batak", namun sebatas nama kaum mereka sahaja, seperti Orang Karo, Orang Toba, Orang Mandailing, dll.

Sebelum mereka dijajah oleh Hindia Timur Belanda, Bangsa Batak mempunyai reputasi sebagai pahlawan-pahlawan yang garang yang kadangkala mengamalkan kanibalisme. Dengan ketibaan penjajah Belanda, ramai di antara mereka telah memeluk agama Kristian. Gereja HKBP (Huria Kristen Batak Protestan) merupakan sebuah gereja dengan penganut paling ramai di Indonesia.

Masyarakat Batak adalah bersifat kebapaan. Hasil kraf tangan Batak yang terkenal termasuk hasil tenunan, ukiran kayu dan terutama sekali, ukiran batu-batu nisan. Upacara pengkebumian mereka sangat kaya dan kompleks. Contohnya, mereka mempunyai sebuah majlis di mana tulang-tulang nenek moyang mereka digali dan dikebumikan semula beberapa tahun setelah kematian dalam sebuah upacara yang dipanggil mangungkal holi.

Kebanyakan orang Batak kini adalah majoriti penganut agama Kristian dengan minoriti Islam. Ajaran Kristian yang diikuti mereka adalah dari fahaman Lutheran yang diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Jerman pada abad ke-19. Seorang pendakwah Jerman terkenal ialah Ludwig Ingwer Nommensen.

Orang Batak bertutur dalam pelbagai bahasa yang berkait rapat, kesemuanya ahli keluarga bahasa Austronesia.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy