Orang Melayu Bugis

Orang Melayu Bugis
To Melayu Ugi
اورڠ ملايو بوڬيس
Muzium Bugis yang berada di Pontian, Johor.
Kawasan ramai penduduk
Semenanjung Melayu, Sabah
Bahasa
Majoriti: Melayu
Minoriti: Bugis
Agama
Islam
Kumpulan etnik berkaitan

Orang Melayu Bugis adalah sebuah suku anak Melayu Dagang yang asal keturunannya dari golongan orang Bugis yang terdapat di Semenanjung Melayu seperti di Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan tertumpu di kawasan Pekan, Pahang dan juga di kawasan Kuala Selangor, Kuala Langat di Selangor dan kuala Linggi di Negeri Sembilan. Terdapat juga Melayu-Bugis di Sulawesi Selatan. Mereka juga dikenali sebagai Peranakan-Bugis. Mereka termasuk kumpulan-kumpulan anak dagang yang rumpunnya berasal dari Indonesia termasuk Minangkabau, Jawa, Banjar, Bawean dan Mandailing.[1] Penghijrahan orang Indonesia ke Malaysia telah terjadi sebelum zaman penjajahan khususnya pada masa pemerintahan Srivijaya dan Majapahit. Suku bangsa Bugis di Malaysia telah membiasakan diri pada budaya dan nilai sosial setempat dengan sangat baik. Komuniti orang Bugis di Malaysia telah menganuti budaya Melayu, berbicara dalam bahasa Melayu dan menggunakan nama-nama Melayu dalam proses Masuk Melayu yang telah berjalan sejak awalnya.

Sensus penduduk di Malaysia tidak mengkategorikan Bugis sebagai suku bangsa tersendiri melainkan disusunkan sebagai Orang Melayu.[2] Walau bagaimanapun masyarakat Melayu Bugis ini berbeza dengan suku Bugis asli yang terdapat di Sulawesi Selatan. Ini kerana Melayu Bugis ialah hasil perkahwinan campur antara lelaki Bugis yang merantau ke Tanah Melayu sejak ratusan tahun dahulu dengan gadis Melayu tempatan. Manakala suku Bugis asli di Sulawesi Selatan masih pekat dengan pertuturan Bahasa Bugis, adat resam dan tradisi Bugis yang sangat berbeza dengan adat Melayu selain dari mengamalkan budaya hidup Indonesia. Antara mereka juga telah terputus hubungan sejak ratusan tahun. Yang ada persamaan, hanyalah dari segi warisan makanan dan seni tarian yang masih dikekalkan.

Kehadiran orang Bugis di Malaysia telah menjadi bahagian sejarah dan sebuah penyumbangan bagi perkembangan Negara Malaysia. Beberapa Perdana Menteri di Malaysia adalah keturunan Bugis. Diantaranya adalah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan warisnya Najib Tun Razak yang juga menjabat sebagai Perdana Menteri Malaysia.[3] Banyak juga tokoh terkenal Malaysia yang memiliki darah keturunan Bugis seperti Yuna.[4]

  1. ^ Nurmala, Noviyanti. Kisah Bangsa Melayu di Negeri Jiran.Majalah Akses edisi ke-7: Bisnis Indonesia Malaysia. 2007
  2. ^ Undang-Undang Malaysia. Perlembagaan Persekutuan.
  3. ^ Wain, Barry. Malaysian Maverick: Mahattir Mohamad in Turbulent Times. Institute of Southeast Asian Studies, Singapore. 2009.
  4. ^ http://www.thenutgraph.com/yuna-on-being-%E2%80%9Cmalay-malay%E2%80%9D/. Diakses tanggal 30-10-2017

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy