Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah sebuah pertubuhan sedunia yang menangani penyelarasan global berkaitan pencegahan pandemik koronavirus. Pada 5 Januari 2020, WHO memberitahu seluruh dunia adanya "pneumonia yang tidak diketahui penyebabnya" dari China dan yang diikuti dengan siasatan untuk penyakit tersebut.[1]
Pada 20 Januari, WHO mengesahkan pemindahan penyakit ini dari manusia ke manusia.[2] Pada 30 Januari, pertubuhan itu mengisytiharkan wabak ini sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa dan memberi amaran kepada seluruh dunia untuk bersiapsiaga.[3] Pada 11 Mac, WHO berkata wabak itu telah disahkan sebagai pandemik.[4] WHO telah mengadakan beberapa inisiatif antarabangsa, seperti Dana Respons Solidariti COVID-19 untuk membantu dana, dan Ujian Solidariti untuk menyiasat rawatan potensi untuk penyakit ini.[5][6]
Sebagai tindak balas terhadap wabak itu, WHO harus menangani konflik politik antara negara-negara anggota, khususnya antara Amerika Syarikat dan China.[7][8][9]