Pangkat Tentera Laut Imperial Jepun

Pangkat Tentera Laut ialah lencana pangkat bagi Tentera Laut Imperial Jepun, yang digunakan sejak penubuhannya pada tahun 1868, sehingga dibubarkan pada tahun 1945 selepas penyerahan kalah Jepun dalam Perang Dunia II. Pangkat tersebut diilhamkan dari pangkat Royal Navy.[1]

Gelaran pangkat pegawai digunakan bagi kedua-dua Tentera Darat dan Tentera Laut Imperial Jepun, satu-satunya perbezaan ialah susunan perkataan Rikugun (tentera darat) atau Kaigun (tentera laut) sebelum pangkat. Dengan itu, sebagai contoh, seorang kepten dalam tentera laut berkongsi gelaran pangkat yang sama dengan kolonel dalam tentera darat: Taisa (kolonel), jadi pangkat Rikugun Taisa menunjukkan seorang kolonel tentera darat, manakala pangkat Kaigun daisa menandakan seorang kepten tentera laut.[1]

  1. ^ a b Rosignoli 1983, m/s. 348.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy